Betapa Pengampun,Pemurah,Pengasih dan PenyayangNYA Allah terhadap hamba-hambanya sehinggakan DIA tidak peduli berapa banyak dosa-dosa yang telah hamba-hambaNYA lakukan jika mereka bertaubat DIA pasti akan ampunkan..
Firman Allah dalam surah al-Zumar ayat 53: (maksudnya),Katakanlah: Wahai hamba- hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat),janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah,kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa;sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihani.
Al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H) ketika mentafsirkan ayat ini menyebut: “Ayat yang mulia ini adalah panggilan untuk semua pembuat dosa dari kalangan yang kufur dan selain mereka agar bertaubat dan kembali kepada Allah.Ayat ini juga adalah pemberitahuan Allah Yang Maha Berkat Lagi Maha Tinggi bahawa Dia mengampunkan segala dosa untuk sesiapa yang bertaubat dan meninggalkannya,walau bagaimana besar dan banyak sekalipun dosa tersebut.Sekalipun bagaikan buih di lautan” (Tafsir al-Quran al-‘Azim, 4/74, Beirut: Mussasah al-Rayyan)
Disebutkan di dalam sebuah hadis Qudsi,Allah berfirman: Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dari-Ku,Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu,Aku tidak peduli.Wahai anak-anak Adam,jika dosamu sampai ke puncak langit,lalu engkau pohon keampunan dari-Ku,Aku ampunkan engkau,aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam,engkau jika datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi,namun engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu, nescaya aku datang kepadamu dengan penuh keampunan (Riwayat al-Tirmizi,dinilai hasan oleh al-Albani)
No comments:
Post a Comment